”Hendaklah kamu tolong- menolong dalam kebaikan dan
ketaqwaan, dan janganlah saling membantu dalam
perbuatan dosa dan permusuhan. Dan bertaqwalah
kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras dalam
hukumanNya.”
(Surah Al-Maidah: 2)
Yayasan ini telah diluluskan pendaftarannya oleh
Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 28 Mac 2004
dengan nombor pendaftaran : 0510-04-12. Alamat
berdaftar ialah :
YAYASAN PENDIDIKAN TAMAN ISLAM
Lot 1520 Kg. Bakau Tinggi
24000 Kemaman,
Terengganu
Tel/Fax:09-859 1934
TUJUAN
PENUBUHAN
Untuk memberikan
bantuan khidmat masyarakat dan
kemudahan-kemudahan serta pertolongan yang
difikirkan patut dari masa ke semasa kepada
prang-orang yang kurang bernasib baik khususnya
kepada pelajar-pelajar Pusat Pengajian Taman
Islam, Kemaman, Terengganu dalam memberikan
kemudahan pendidikan kepada mereka yang ingin
mempelajari dan mendalami pengajaran agama
Islam.
Pertubuhan ini
menjalankan aktiviti-aktiviti pelaburan dan
memungut derma.
Pertubuhan ini
boleh memiliki harta alih dan harta tak alih
bagi kegunaan dan kepentingan pertubuhan.
AKTIVITI
Antara aktiviti yang
telah dan akan dijalankan:
a) Memungut derma dari
orang ramai
b) Menghulurkan
bantuan kepada orang-orang yang kurang bernasib baik,
pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran,
orang-orang yang ditimpa bencana atau musibah dan
usaha-usaha kebajikan lain.
Derma yang
disumbangkan boleh mendapat
PENGECUALIAN CUKAI kepada para
penderma:
Surat Perlepasan Cukai
Sijil Daftar Pertubuhan
klik untuk perbesarkan
No. Ruj LHDN
01/35/42/52/179-6.5767 dengan No. Warta
Kerajaan: 17917-27-10-2005
klik untuk perbesarkan
No. Pendaftaran:
0510-04-12
Pihak yayasan
mengalu-alukan sebarang sumbangan daripada
masyarakat samada wang tunai, barangan
keperluan asas dan lain-lain. Sumbangan yang
hendak dihulurkan boleh menghubungi talian
berikut:
a) Pejabat : 09-859 1934
b)
Bendahari Yayasan : 019-967 7069
c) atau
datang sendiri ke pejabat Yayasan
YAYASAN
PENDIDIKAN TAMAN ISLAM
Lot 1520 Kg. Bakau Tinggi
24000 Kemaman
Terengganu Darul Iman
Lokasi
klik untuk perbesarkan
Kepada
Anda Yang Ikhlas Untuk Menyumbang Secara Online
Kepada Pihak Yayasan Pendidikan Taman Islam, Boleh
Berbuat Demikian.